Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
oleh Nurul Nadiah Md Azam
UKM : Sambutan peniaga luar di tapak jualan Kompleks Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah positif. Seorang peniaga yang dikenali sebagai Kak Zah, berkata “kelebihan berniaga di dalam UKM berbanding berniaga di luar adalah pelajar merupakan pelanggan yang mudah untuk membuat keputusan dalam pembelian dan mereka tidak cerewet.
“Walaupun penetapan harga jualan berbeza berbanding dengan berniaga di luar UKM, namun ini tidak menghalang saya untuk menerima tawaran berniaga di sini. Saya telah berniaga di bawah program UKM sejak beberapa tahun dan hasilnya memberangsangkan,” katanya yang kerap mendapat peluang oleh pihak yang menganjurkan acara sebegini di UKM.
Apabila ditanya mengenai saingan harga semasa berniaga di sini beliau berkata, “saingan harga memang berada di mana-mana. Namun, saya tidak kisah akan hal ini kerana rezeki adalah hak milik masing-masing,” ujar beliau lagi yang telah lama menetap di Kuala Lumpur dan berasal dari Kelantan. Beliau turut mempunyai cawangan perniagaan di Kota Bharu.
Menurut seorang lagi peniaga Nurul Ezzah Sufian, beliau percaya bahawa jalan terbaik sebelum memulakan sesuatu perniagaan adalah dengan melakukan kajian pasaran awal bagi sesuatu produk. Keperluan kajian pasaran boleh dilihat dari sudut pemerhatian sekeliling iaitu mencari premis dan persekitaran yang strategik seperti di UKM. Hal ini kerana, adalah penting untuk meneruskan perniagaan dalam suasana yang positif. Selain itu, Ezzah juga menyarankan supaya peniaga mengenal pasti pembeli. Pelajar-pelajar merupakan pembeli, pengguna dan khalayak sasaran yang mudah. Akhir sekali, kenal pasti produk utama yang ingin dijual, iaitu produk yang menjadi trend masa kini.
“Modal yang dikeluarkan agak setimpal dengan hasil jualan yang berlangsung. Walaupun pada awalnya jualan agak perlahan namun, prestasi jualan masih berada pada tahap yang baik,” jelasnya. Beliau menguruskan perniagaan keluarga dan mempunyai beberapa lagi cawangan di sekitar ibu negara.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ramlah juga berminat untuk meneruskan jualan produk di UKM. “Saya merasakan terdapat satu hubungan mesra di kalangan pelajar-pelajar UKM terutama apabila mereka membeli barangan saya,” katanya. Faktor ini dianggap sebagai satu batu loncatan buat beliau untuk merasa gembira dan berpuas hati sebagai seorang peniaga.
“Apabila bijak mencari peluang, dan ditambah dengan usaha yang berpanjangan akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada setiap peniaga. Hasil perniagaan di Kompleks Pusanika ini banyak memberikan kelebihan dan keuntungan. Untung atau rugi itu adalah perkara biasa yang perlu ada pada sesuatu perniagaan. Apa yang dititikberatkan adalah sikap berdaya saing dan pengalaman yang mematangkan,” katanya lagi. |
Gambar di sekitar tempat lokasi; Pusanika,UKM.