Program 'Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)
UKM: Satu program bertemakan cinta alam akan diadakan di Pulau Redang, Terengganu pada 6 hingga 9 April 2012. Dijangka 120 orang peserta akan mengikuti program yang diberi nama ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang ( MECAR)’. Program yang mengumpulkan sejumlah peserta yang agak ramai ini dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia ( SRMUKM ).
Ketua program tersebut, Muhammad Khoiri bin Abdul Aziz selaku Exco Cinta Alam ( SRMUKM ) berkata, objektif utama program ini adalah untuk memberi kesan impak yang tinggi dalam kalangan mahasiswa tentang pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem di Pulau Redang khususnya dengan mendalami proses-proses berkaitan ekosistem di sana.
Peserta dijangka bertolak ke destinasi pada pukul 9.00 malam 6 April dan dijangka tiba di Jeti Merang, Terengganu pada 6.00 pagi 7 April. Mereka akan dibawa menaiki feri ke Pulau Redang seterusnya berkumpul di Pusat Taman Laut untuk mendengar taklimat ringkas oleh pegawai Jabatan Taman Laut Malaysia ( JTLM ). Khemah akan didirikan di taman laut bagi memudahkan mereka mempersiapkan diri.
“Program dengan kerjasama ( JTLM ) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diharap dapat menekankan dan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan impak aktiviti manusia terhadap taman laut,” jelasnya.
Melalui program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut, peserta dapat merasai pengalaman snorkeling di taman laut, menjalani slot bersama pegawai Jabatan Taman Laut Terengganu, aktiviti mencandat sotong, melawat pusat konservensi penyu dan operasi membersihkan pantai sekitar Pulau Redang.
Disunting oleh,
Mohammad Hafizol Bin Musa @ Awang