Nasi vs. Mi Segera
Nasi atau mi segera? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran pelajar yang bergelar mahasiswa kini. Tidak dinafikan bahawa di alam kampus, mi segera merupakan makanan yang amat popular dalam kalangan mahasiswa seperti sudah menjadi makanan wajib bagi mereka. Nasi pula akan menjadi makanan rutin pada waktu tengah hari dan pada malamnya, mi segera menjadi peneman mereka. Kadang kala, mereka memilih mi segera dengan alasan untuk berjimat cermat ataupun mahu berdiet. Kehidupan kampus yang memerlukan perbelanjaan yang banyak menyebabkan mereka lebih cenderung memilih mi segera berbanding nasi.
Nasi merupakan makanan ruji bagi sebahagian penduduk Asia yang mempunyai sumber karbohidrat utama. Lazimnya nasi akan dihidangkan bersama dengan lauk dan sayur-sayuran sebagai pelengkap rasa serta dapat melengkapi keperluan gizi seseorang. Kadang kala nasi akan diolah lagi bersama bahan-bahan yang lain untuk dijadikan makanan yang baru seperti nasi lemak, nasi ayam atau nasi goreng.
Secara umumnya, nasi mengandungi karbohidrat, air dan protein yang mudah diserap oleh tubuh badan. Walaupun kandungan protein yang terdapat pada nasi hanyalah sedikit iaitu sekitar 2 gram per 100 gram nasi putih namun protein ini diperlukan unutuk membaiki sel-sel tubuh badan yang rosak.
Nasi yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan kadar gula dan lemak berbahaya dalam darah serta meningkatkan kolesterol. Bagi yang menghidap diabetes, nasi akan mempercepatkan kadar gula dalam darah mereka dan mereka terpaksa mengurangkan pengambilan nasi dalam makanan mereka.
Mi segera pula menjadi makanan pilihan mahasiswa kerana harganya yang murah, mudah disediakan dan rasanya yang enak. Terdapat pelbagai perasa yang dijual di pasaran seperti kari, ayam, tomyam atau asam laksa yang menambahkan lagi minat mahasiswa untuk mengambil mi segera. Namun tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya mempunyai kandungan kadar Monosodium Glutamate (MSG) dan garam yang tinggi dalam perencah mi tersebut.
Bahan perasa ini mempunyai kesan negatif kepada kesihatan terutamanya terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG akan mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala apabila mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Sebenarnya, nasi atau mi segera mempunyai pro dan kontranya apabila diambil secara berlebihan. Namun, terpulanglah kepada setiap individu untuk memilih makanan yang akan memberikan kesan yang baik kepada tahap kesihatan mereka. Pemilihan makanan yang seimbang adalah lebih baik untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Disediakan oleh,
Nurhidaya binti Pukari