MENGAWAL SELERA MAKAN DAN TIDAK BERASA LAPAR
Oleh Siti Rasyidah Nordin
Pernahkah anda sebagai seorang pelajar cuba untuk berdiet atau dengan erti lainnya cuba untuk mengawal selera makan anda dalam satu-satu masa supaya sentiasa berasa kenyang? Pernah bukan? Namun begitu, tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti yang mempunyai pelbagai tugasan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan telah membuatkan kita sering berasa lapar dan seterusnya menimbulkan keinginan untuk memakan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa.
Bagi mereka yang ingin berdiet, perasaan tidak dapat mengawal selera makan inilah yang biasanya mendorong mereka untuk gagal melaksanakan program diet yang telah dirancang. Sebagai contohnya, ketika kita berasa sangat lapar, kita pasti menginginkan makanan yang lazat ditambah pula makanan tersebut kurang menyihatkan. Realitinya di sini, apabila kita cuba untuk meninggalkan makanan kegemaran kita, contohnya seperti burger ayam, semakin kuatlah selera kita untuk menikmatinya, terutamanya ketika ingin mengisi perut yang sedang lapar.
Namun, seseorang pelajar tidak perlu bimbang lagi kerana terdapat cara yang mudah, sihat dan boleh dianggap berkesan bagi mengawal selera makan mereka dan tidak berasa cepat lapar. Sebenarnya, untuk mengawal selera makan, kita mestilah terlebih dahulu mengambil makanan pembuka selera dalam kuantiti yang kecil sebelum makan. Sebagai contohnya, antara bahan yang berkesan dalam mengawal selera makan ialah minyak zaitun, minyak ‘flaxseed’, keju, dan mentega kacang. Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan yang kaya dengan lemak sihat (‘healthy fats’) ini boleh membantu mengawal selera makan anda. Hal ini demikian kerana, kita akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil kalori dalam kuantiti yang rendah.
Berikut adalah cadangan bagi menu pembuka selera. Anda disarankan untuk menggunakan lemak sihat yang dicadangkan ini dalam jumlah yang sedikit:
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan seperti menu yang dicadangkan di atas boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhannya, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut, serta memanjangkan rasa kenyang sehingga empat jam selepas makan.
Sebagai seorang pelajar, anda juga boleh mencuba langkah-langkah ini dalam mengawal selera makan anda seterusnya tidak cepat berasa lapar;

- dua cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun
- 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
- 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh
- 56 gram tuna dalam 30ml minyak zaitun
- ½ mentega kacang dengan sayur saderi
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan seperti menu yang dicadangkan di atas boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhannya, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut, serta memanjangkan rasa kenyang sehingga empat jam selepas makan.
Sebagai seorang pelajar, anda juga boleh mencuba langkah-langkah ini dalam mengawal selera makan anda seterusnya tidak cepat berasa lapar;
- Mengambil sarapan pagi – Kajian mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi sebenarnya membolehkan para pelajar memberi tumpuan yang lebih ketika berada di dalam kelas. Para pelajar seharusnya bangun lebih awal daripada biasa supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersarapan sebelum ke kelas.
- Mengambil makanan berkalsium tinggi – Susu merupakan antara makanan yang membekalkan kalsium yang sangat tinggi. Namun, bagi mereka yang tidak suka minum susu, caranya mudah sahaja. Mereka boleh menggantikannya dengan makanan seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, dan pastinya sayur-sayuran segar. Menariknya, anda yang tidak suka minum susu, bolehlah mengambil susu yan berperisa seperti perisa coklat dan strawberry.
- Banyakkan minum air kosong – Badan kita sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong dalam sehari. Air kosong adalah satu-satunya ‘menu’ yang mempunyai kosong kalori. Jadi, para pelajar tidak perlu risau akan menjadi gemuk jika minum banyak air. Menarik bukan!
- Mengambil ‘snack’ yang ringkas, tetapi berkhasiat – Sebagai seorang pelajar, biasanya anda akan berasa lapar pada waktu lewat malam terutamanya ketika sedang menyiapkan tugasan-tugasan atau projek yang diberikan oleh pensyarah. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kita mengambil makanan ringan yang tidak berkhasiat, kita boleh mengambil ‘snack’ seperti bijirin, kekacang, buah-buahan segar atau kering, ataupun biskut bijirin.
Berita gembira sekali lagi buat para pelajar, terdapat beberapa petua ringkas yang boleh diamalkan untuk mengawal atau mengurangkan selera makan. Antaranya ialah :
- Minum segelas air kosong terlebih dahulu sebelum makan supaya perut terasa penuh.
- Elakkan minum dengan diselang-selikan dengan makan. Hal ini akan membuatkan selera makan anda meningkat.
- Elakkan daripada diri kita dalam keadaan yang terlalu lapar kerana ini akan membuatkan kita hendak makan dengan lebih banyak pada waktu makan yang seterusnya.
- Para pelajar juga digalakkan untuk minum air suam atau jus oren ataupun jus epal sebelum makan. Anda juga boleh minum air suam yang sudah diperah dengan limau nipis atau limau kasturi.
- Akhir sekali, makanlah secara perlahan serta tidak gelojoh.
Secara tuntas, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengawal selera makan dan seterusnya tidak terus berasa lapar dalam masa yang singkat. Para pelajar bolehlah mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka sebagai pelajar kampus, terutamanya, ketika jadual kelas yang padat. Kunci utamanya disini adalah, mereka boleh mengambil makanan pembuka selera dalam kuantiti yang sedikit sebelum mengambil makanan berat.