Pemilihan Makanan Berkhasiat & Menjimatkan
Kita sering disajikan dengan iklan-iklan di media cetak atau elektronik iaitu televisyen, majalah, dan akhbar mengenai makanan segera atau fast food seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald dan Pizza Hut. Ramai yang menggemari makanan ini kerana bagi mereka makanan seperti ini mudah untuk didapati, mengenyangkan dan mempunyai khasiat. Namun, tanggapan mereka salah kerana khasiat yang terdapat dalam makanan ini adalah sedikit berbanding makanan lain.
|
Pemilihan makanan segera ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kita tidak begitu menitikberatkan makanan yang seimbang atau berkhasiat dalam hidup mereka. Kita perlu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk mengekalkan kesihatan dan memulihkan tahap kesihatan.
Apabila berbicara mengenai makanan berkhasiat, persepsi masyarakat sekarang adalah makanan yang mahal dan mempunyai jenama dianggap mengandungi banyak khasiat. Persepsi ini wujud kerana pengaruh media massa seperti televisyen yang sering menyiarkan makanan berkhasiat ala moden serta pengaruh restoran-restoran yang mula menawarkan jenis makanan berkhasiat di restoran mereka dengan harga yang dianggap berpatutan.
Kita tidak sedar bahawa makanan berkhasiat tidak semestinya mahal kerana makanan berkhasiat boleh didapati dengan cara memasaknya sendiri. Makanan yang dimasak sendiri didapati lebih berkhasiat berbanding makanan yang ada di restoran. Apabila kita memasak sendiri, kita boleh menentukan penggunaan gula, garam, lemak dan minyak dalam masakan. Melalui cara ini, makanan yang dihasilkan juga adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan.

Makanan yang berkhasiat boleh didapati melalui penggunaan bahan masakan seperti ayam, ikan, daging serta sayur-sayuran dan buah-buahan. Nasi, ayam atau daging, sayur-sayuran serta buah-buahan sudah cukup untuk menghasilkan satu hidangan yang lengkap dan berkhasiat serta menjimatkan. Hanya dengan menggunakan wang yang sedikit, makanan berkhasiat yang disangka mahal dapat dihasilkan dengan mudah.
Harga makanan yang mahal tidak semestinya menjamin tahap kesihatan kita untuk menjadi lebih baik. Makanan yang berkhasiat dan menjimatkan bukanlah sesuatu yang sukar untuk didapati jika dengan usaha memasaknya sendiri dilakukan. Namun, anda mempunyai pilihan tersendiri untuk menentukan dan membuat keputusan yang tepat untuk kesihatan anda sendiri.
Disediakan oleh,
Nurain Binti Daud