OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT
Oleh Nik Fatin Farhah Nik Mustapha
KEDAH : Jawatankuasa pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (MENTION), di bawah jurusan Komunikasi dan Dasar Awam dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP) telah mengadakan satu program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kedah. Program yang berlansung selama empat hari tiga malam telah itu diselia oleh salah seorang pensyarah MENTION iaitu Encik Wan Idros bin Wan Sulaiman.
Program tersebut telah berlansung pada 19 – 22 April 2012 di Kampung Alor Merah, Alor Setar, Kedah. Kedatangan pelajar-pelajar UKM di kampung Alor Merah mendapat sambutan hebat apabila terdapat 30 keluarga yang telah sudi mengambil pelajar-pelajar UKM sebagai anak angkat mereka.
Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara pelajar MENTION dengan PERSIAP serta memberikan sumbangan dari segi tenaga kerja secara percuma kepada penduduk kampung Alor Merah.
Ketua Pengarah program ini, Muhamad Zuhaili b Abu Bakar berkata, program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kehidupan penduduk kampong Alor Merah disamping berbakti kepada mereka. Menurut beliau juga, program ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar MENTION UKM dan pelajar PERSIAP UKM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Paduka Haji Ahmad Bashah b Md. Hanipah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah (ADUN Bakar Bata). Di dalam ucapan perasmian beliau, beliau ada menyatakan perasaan bangga dan terharu apabila dijemput untuk merasmikan program yang julung kalinya diadakan di kampung Alor Merah. Menurut beliau lagi, program seumpama ini terus dijalankan pada masa akan datang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini diadakan. Antaranya ialah, pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung oleh PERSIAP, senamrobik sukaneka, gotong serta royong oleh pelajar di sekitar kawasan kampung.
Program seumpama ini dilihat dapat membantu pelajar di dalam membuat kerjasama dengan organisasi luar bagi menjayakan sesuatu program. Program ini juga dilihat dapat melihat kesungguhan pelajar dalam member khidmat secara percuma kepada masyarakat di kawasan kampung.