Art Life Islamic Festival (ALIF)
oleh Mohammad Hafizol Musa @ Awang
UKM: Satu program anjuran Dewan Amal Islami ( Damai ) yang diberi nama Arts Life Islam Festival ( ALIF ) telah diadakan di Dataran Panggung Seni UKM pada 27 dan 28 April 2012 yang lalu. Program kerjasama antara Damai bersama Biro Kebudayaan dan Kesenian Kolej Pendeta Za’ba UKM ini membawa tema ‘ Evolusi Seni dan Urban’.
Program yang julung-julung kali diadakan di UKM ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom. Melalui ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolej Pendeta Za’ba, pihak Damai, semua kakitangan dan krew ALIF, rakan-rakan pensyarah serta mahasiswa dan mahasiswi UKM kerana sudi melapangkan masa untuk turut serta menjayakan program ALIF.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Antaranya termasuklah Talentime, Gemersik Chorus, Sembang Seni, Hukum Challenge, Extreme Race, Gadis Semasa dan seumpamanya. Pertandingan dan program yang dijalankan juga turut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar.
Program Sembang Seni, Hati vs Nafsu yang menjemput Ustaz Wan Akashah dan isteri, Ustazah Dato’ Siti Norbahyah sebagai ahli panel merupakan antara program yang mendapat sambutan dalam kalangan para pelajar UKM. Celoteh ahli panel membuatkan penonton tidak beranjak daripada tempat duduk dari awal sehingga tamat. Artis jemputan iaitu kumpulan Saujana juga turut memeriahkan program tersebut.