UKM Career Expo 2012
oleh Ng Mei Qing
Picture
Bersama Jonathan Liew Wee (Pengurus)
UKM : UKM Ekspo Kerjaya 2012 (UKM Career Expo 2012) yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan, Majlis Eksekutif Pelajar 2011/2012, Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH), UKM dengan kerjasama Jobstreet.com, disokong oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diadakan pada 18-19 Mei 2012 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Temanya “Job 101 : Know Your Job, Get It Right!”.
Menurut Jonathan Liew Wee Kent, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan Majlis Eksekutif Pelajar IZISH, dianggarkan sebanyak 50 syarikat multinasional dalam pameran ekspo kerjaya seperti IBM, iForte, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan lain-lain lagi. Temuduga serta merta, pendaftaran pencarian kerja, seminar mengenai resume, persediaan temuduga dan sebagainya juga akan berlangsung.
Pelawat dapat mendedahkan diri dalam dunia kerjaya, mendapat maklumat pekerjaan terkini, berkenalan dengan organisasi serta syarikat dan juga dapat ditawarkan kerja sekiranya memenuhi syarat. Selain itu, ia juga merupakan satu kelebihan untuk pelajar tahun akhir yang akan tamat pengajian mereka dan juga sesetengah pelajar yang mencari latihan amali dalam syarikat-syarikat.
Beliau menyatakan bahawa tujuan utama pogram ini adalah untuk meneroka isu pengangguran di kalangan graduan dan cara-cara untuk mengatasinya serta menggalakkan lebih banyak kerjasama antara NGO dan syarikat-syarikat multinasional dengan Institut Pengajian Tinggi dari segi maklumat di atas penggunaan tenaga, rangkaian industri, penyelidikan kerjasama, dan sebagainya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk kepada : https://www.facebook.com/UKMCareerExpo2012