Pelajar dan Laman Sosial
oleh To Oi Lli
Laman sosial dapat menghubungkan seseorang individu dengan individu lain atau kelompok kumpulan. Terdapat banyak laman sosial yang dihasilkan. Antaranya termasuklah Facebook yang merupakan antara laman sosial popular yang dihasilkan oleh Mark Zuckerberg dan Twitter yang terkenal dengan istilah tweet dan direka oleh Jack Dorsey. Laman sosial mendapat perhatian pelajar kerana penggunaannya yang mudah dan senang diakses bagi mengisi waktu lapang.
Laman sosial mendatangkan kebaikan kepada pelajar sekiranya digunakan secara betul kerana pelajar dapat mengenali kawan yang baru dan pada masa yang sama dapat menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Laman sosial turut menyalurkan maklumat yang berguna kepada pelajar seperti mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar di tempat lain. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Unit Hal Ehwal Murid (Hem), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) membuka akaun laman sosial facebook dan blog sebagai pendekatan baru menyampaikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar selepas menyedari semakin ramai pelajar terjebak masalah tekanan, keresahan dan kemurungan. Timbalan Pengarah Pelajaran Sentul, Mohamad Saadon Haron daripada sumber harian metro berkata, akaun facebook itu mampu merapatkan jurang antara dua generasi iaitu antara guru dan pelajar. Masalah yang dihadapi oleh pelajar boleh dikongsi kepada guru dan guru bertindak sebagai pembimbing untuk mengurangkan masalah sosial manakala pelajar akan berasa dihargai dan disayangi.
Namun demikian, pelajar yang mendapat pendedahan laman sosial yang terlalu bebas tanpa kawalan sememangnya boleh menjurus kepada perlakuan jenayah dan masalah sosial. Menurut Ketua Polis Pahang daripada sumber Harian Metro, Datuk Sharifuddin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan berkenalan dengan individu tertentu. Contohnya, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” yang menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah.
Sesetengah laman sosial memberikan pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan pelajar. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial. Menurut naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang bersumberkan harian metro berkata penggunaan laman web seperti facebook dikesan menjadi punca berlakunya jenayah rogol di kalangan pelajar sekolah di negara ini.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan pelajar yang leka dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.
Dunia sedang menghala ke arah zaman tanpa sempadan disebabkan oleh kewujudan internet dan pelbagai laman sosial dihasilkan untuk pelbagai tujuan dan maklumat. Sesungguhnya, pelajar lebih pandai menggunakan alat-alat digital berbanding ibu bapa mereka dan pelajar perlulah melayari laman web yang betul. Pelajar perlu dididik oleh ibu bapa untuk mengunakan laman sosial secara betul supaya pelbagai masalah sosial dapat dielakkan untuk melahirkan modal insan yang berwibawa untuk memimpin negara.
Sumber :
http://www.edidik.com
http://praya.hmetro.com.my
http://hazmanfadzil.com