Universiti Pilihan Anda
oleh Rabi'atyul Adawiyah Che Ismail
Musim memilih destinasi pengajian oleh bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi kembali lagi. Ini adalah kerana pengambilan pelajar baru oleh Intitusi Pengajian Tinggi bagi sesi 2012/2013 akan diadakan tidak lama lagi. semestinya ramai pelajar di Malaysia mungkin masih keliru untuk memilih universiti dan kursus yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran mereka. Pelbagai-bagai persoalan yang bermaian di minda mereka. Antaranya termasuklah persoalan tentang faktor-faktor berkaitan dengan minat, kesesuaian, kebolehan, kewangan dan sebagainya. Usah gusar atau bimbang dengan pemasalahan tersebut kerana terdapat banyak tip untuk memilih universiti dan pemilihan kursus yang dapat membantu anda. Antaranya ialah
Faktor minat merupakan faktor utama yang harus anda ketahui sebelum memilih sesebuah universiti kerana dengan adanya minat prestasi pembelajaran kita dapat ditentukan. Ini semestinya menjadi satu beban bagi anda untuk pergi ke kampus jika minat untuk pergi kuliah tidak ada. Ini sekali gus akan dapat merosokkan prestasi akedemik kita sebagai seorang pelajar. Oleh itu, seharusnya pelajar sendiri memilih tempat pengajian mengikut minat atau kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Ini kerana tidak mungkin anda dapat menamatkan sesi pembelajaran dengan dorongan keluarga sahaja. Banyak faktor lain yang akan mendorong anda untuk menamatkan sesi pembelajaran anda.
Pada zaman masyarakat yang mengejar materialistik, faktor pembiayaan atau kewangan tidak boleh di ketepikan sebaliknya faktor ini perlu dipertimbangkan terlebih dahulu mengikut kemampuan keluarga. Ini kerana bukan semua universiti mengenakan yuran yang sama. Walaupun setiap pelajar boleh mendapat kemudahan pinjaman PTPTN atau JPA, tetapi kadang kala bantuan tersebut tidak dapat menampung kos pembelanjaan pelajar terutamanya mereka yang memilih universiti di kawasan bandar, yang berikutan kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, faktor pembiayaan perlu diambil kira supaya tidak menjadi satu beban kepada pelajar mahupun keluarga terutamanya bagi mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
- MINAT

- PEMBIAYAAN

kebanyakan pelajar akan mencari universiti yang mempunyai reputasi yang tinggi di antara universiti-universiti lain yang terdapat di malaysia. Memilih universiti adalah satu tindakan yang bijak dan perlu dilakukan kerana faktor ini juga akan menentukan di mana anda akan berada selepas bergraduan. Ini disebabkan peluang pekerjaan yang terhad hingga tidak mampu menampung jumlah mahasiswa dan mahasiswi yang terdapat di Malaysia samaada kelulusan dalam ataupun dari luar Negara. Di samping itu, reputasi kampus yang baik juga mampu melahirkan graduan berkualiti yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pihak yang menawarkan peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan yang lumayan. Oleh itu, dengan menjadi salah seorang graduan kampus tersebut mampu mencari peluang pekerjaan yang lebih luas.
Sebelum memilih sesuatu bidang, haruslah kita menilai sesuatu jurusan tersebut, sama ada tahap prospek masa depan yang lumayan atau sebaliknya. Kita perlulah memilih bidang yang mempunyai masa depan yang cerah seperti peluang pekerjaan yang luas dan dapat memberi faedah kepada kita selepas bergraduan. Sebaik-baiknya anda mengkaji dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk meneruskan pengajian anda. |
- KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Faktor kemudahan pendidikan juga merupakan salah satu tip untuk memilih Universiti. Antara kemudahan yang perlu ada di setiap IPT seperti perpustakaan, internet, dan ruang belajar perlulah disediakan oleh pihak universiti kerana faktor ini dapat membantu anda untuk menuntut ilmu di samping membantu anda menyiapkan tugasan. Contohnya, internet sangat berguna kepada para pelajar untuk mencari sumber rujukan seperti maklumat dan info-info yang berkaitan dengan tugasan di samping menggunakan buku ilmiah sebagai sumber rujukan.
Oleh itu, sebelum membuat pemilihan universiti, anda perlulah meneliti terlebih dahulu segala kemudahan yang disediakan di tempat belajar pilihan kita.
Selain faktor-faktor di atas, terdapat banyak faktor lain yang boleh dinilai sendiri dalam memilih universiti yang akan anda masuki. Sedikit penyelidikan sangat membantu untuk memilih Universiti supaya anda melakukan yang terbaik untuk masa depan anda. Ini adalah kerana anda merupakan sumber daya manusia yang akan menjadi penerus bangsa kita harus pandai memilih universiti yang sesuai dengan kebutuhan anda tanpa perlu mengorbankan hal-hal yang mungkin lebih bermanfaat bagi anda dan menyaring informasi yang anda dapatkan dari pelbagai media dan sudut pandang dari orang-orang terdekat anda. Semoga info ini dapat membantu anda dan selamat berjuang.