Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
oleh Siti Rasyidah Nordin
UKM : ‘Bersukan ke arah Kesihatan dan Perpaduan’. Itulah motto sukan tahunan Tunas Permata Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada kali ini. Sukan tahunan ini telah diadakan pada 12 Mei 2012 iaitu pada hari Sabtu lepas yang bertempat di Stadium UKM.
Menurut pengetua Tunas Permata, iaitu Puan Hazlinah Mohd Haris, sukan tahunan pada kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 65 orang murid Tunas Permata yang mewakili 4 buah rumah sukan iaitu kuning, merah, biru dan hijau. Menurut beliau lagi, pada mulanya sukan tahunan kali ini sepatutnya dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan sendiri iaitu Prof Dr. Lilia Halim, tetapi telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Saemah Rahman sebagai perasmi.
Puan Hazlinah memberitahu bahawa, sukan tahunan Tunas Permata, UKM ini merupakan salah satu program yang paling terkini diadakan sejak memasuki bangunan baru, dan pada bulan Jun nanti akan diadakan perasmian bangunan baru Tunas Permata.
Sukan tahunan pada kali ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ketibaan ibu bapa dan murid serta ketibaan tetamu kehormat dan para jemputan yang kemudiannya dimulakan dengan senamrobik. Majlis perasmian pula, telah dimulakan dengan bacaan doa dan selepas itu perbarisan masuk pelajar Tunas Permata UKM bagi menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya, selepas perasmian dilancarkan, terdapat persembahan pembukaan sukan oleh pelajar Tunas Permata UKM.
Aktiviti sukan tahunan ini telah diteruskan dengan beberapa acara sukan yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Acara tahap satu adalah untuk pelajar yang berumur 4 dan 5 tahun, acara tahap dua bagi pelajar yang berumur 4, 5, dan 6 tahun, serta acara ‘medley’ 4, 5, dan 6 tahun, manakala, acara tahap tiga pula adalah acara bagi ibu bapa, acara keluarga, dan acara Ahli Jawatankuasa (AJK) serta kakitangan. Sukan tahunan kali ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam setiap acara.
Sebelum itu, Puan Hazlinah telah menyatakan sedikit info tentang Tunas Permata baru ini yang menggantikan bangunan lama yang terletak berhampiran dengan Wisma Aman UKM. Beliau memaklumkan bahawa, kebanyakan pelajar-pelajar di Tunas Permata ini adalah anak-anak kepada kakitangan di UKM sendiri. Mereka akan dihantar oleh ibu bapa mereka pada pukul 7.30 pagi dan diambil semula sekitar jam 5 hingga 6 petang. Beliau menjelaskan lagi, sesi pembelajaran akan bermula pada waktu pagi dan seterusnya mereka ini akan berehat dan tidur pada waktu tengah hari. Beliau menambah, sesi pembelajaran akan bersambung pada waktu petang dengan pembelajaran Iqra’.