LATIHAN KEBAKARAN
Oleh Rabi’atul Adawiyah Che Ismail
UKM : Satu latihan kebakaran dan penyelamat telah diadakan di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia baru- baru ini hasil kejasama pihak Kolej Ibrahim Yaakob dan anggota bomba dan menyelamat. Menurut Encik Zamri, selaku ketua operasi bomba dan penyelamat, program latihan kebakaran perlu dilakukan di setiap intitusi dan tempat-tempat awam bagi memberi pengetahuan kepada masyarakat sekiranya berlakunya kebakaran dan kecemasan.
Pengetahuan tentang cara-cara memadamkan api serta langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran sangat penting bagi menghentikan suatu kebakaran dari terus berlaku seperti kata pepatah kecil-kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Dengan ini, kerjasama antara pasukan Bomba dan Pihak Kampus sangat penting supaya pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan.
Menurut beliau lagi, kerjasama sebegini amat penting dan di ingini oleh pihak bomba bagi mencegah segala kemungkinan berlaku sehingga boleh memberi kesan buruk seperti kerugian dan kemusnahan malah sesuatu yang lebih buruk juga mungkin terjadi seperti kematian. Terdapat banyak kes kebakaran yang terjadi di dalam kawasan kampus seperti bilik makmal, bilik asrama, dewan makan dan sebagainya.
Kebiasaan kebakaran ini berpunca dari sikap penghuni dan pelajar sendiri. Contohnya, UKM sendiri pernah mengalami sendiri satu kebakaran di Fakulti Sains Sosial dan Masyarakat pada tahun lepas. Dengan pengetahuan dan tindakan pantas pelajar dan kakitangan UKM memaklukan kabakaran tersebut kepada pihak bomba, maka kebakaran tersebut dipadamkan oleh pihak bomba. Oleh itu, Encik Zamri memohon supaya setiap induvidu perlu pantas bertindak supaya dapat menhalang kebakaran dari terus merebak.
Encik Zamri juga turut menyatakan, sekiranya berlakukan satu kebakaran dikawasan kempus atau ditempat-tempat awam, setiap induvidu yang berada dikawasan tersebut terlibat perlulah menghubungi bomba dan keselamatan dengan segera serta menghebahkan kepada orang lain dengan memecahkan Fire Alarm bagi supaya orang ramai dapat mengosongkan bangunan yang terlibat. Sekiranya berlaku kebakaran kecil yang mampu di padamkan sendiri dan orang disekeliling perlulah memadamkannya segera dengan menggunakan alat pemadan kebakaran seperti ABC Powder yang telah disediakan di setiap lokasi kampus. Oleh itu, menjadi satu kesalahan sekiranya pihak Universiti tidak Menyediakan alatan pemadam api di setiap bangunan kampus.
Selain itu, beliau turut menegaskan orang ramai supaya meletakkan atau menyimpan alat pemadam di tempat yang telah disediakan. Malah setiap induvidu juga perlu mengatahui cara-cara menjaga peralatan tersebut. Contohnya ABC Powder tidak boleh diletakkan seberangan tempat seperti di atas lantai ini kerana akan menyebabkan kandungan gas di dalam tong membeku, kesannya gas gagal dikeluarkan semasa menggunakannya. segelintir induvidu yang suka memandang remeh tentang hal ini akan memberi masalah kepada diri sendiri dan orang ramai sekiranya berlaku kebakaran. Oleh itu, semua pihak perlulah lebih peka tentang penjagaan peralatan ini.
Hasil kerjasama ini telah diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah dengan dihadiri kira-kira 300 orang pelajar UKM dan kakitangan Kolej Ibrahim Yaakob. Diharapkan kerjasama latihan kebakaran dan keselamatan sentiasa dapat dilakukan supaya pelajar dan masyarakat semakin peka terhadap bahayanya kebakaran.