Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
oleh Ng Mei Qing
BANGI – Perpustakaan Lingkungan Kedua telah dibuka pada 7 Mei 2012 (Isnin). Pada peringkat awal, perpustakaan hanya menyediakan tempat duduk di aras 2. Perpustakaan ini terletak di bangunan baru bersebelahan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Waktu pembukaan adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 8.30 pagi - 12.15 tengah hari / 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad : Tutup dan cuti umum
Dalam Majlis Perasmian Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2011 yang lalu, Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ir Othman Karim mengumumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) UKM mendapat ruangan tambahan di sebuah bangunan baru tujuh tingkat di Lingkungan Kedua dalam kampus universiti sejajar usaha menjadikannya perpustakaan penyelidikan bertaraf dunia.
Beliau berharap kemudahan itu akan digunakan sepenuhnya terutama oleh pelajar dan kakitangan amnya. Beliau mengulas isu kurangnya minat membaca di kalangan pegawai UKM. Prof Othman telah mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan di upacara itu.
Berdasarkan pengalamannya ketika menjalankan satu temuduga untuk kenaikan pangkat pegawai tadbir, Prof Othman berkata daripada tujuh orang yang ditanya jumlah buku yang dibaca sama ada dalam seminggu, sebulan atau setahun, cuma seorang saja mengaku ada membaca buku. “Itu pun pegawai berkenaan bertugas di bahagian penerbitan dan sememangnya perlu membaca, manakala yang lain tidak langsung membaca buku,” katanya.
Tan Sri Zulkifli berasa bangga dengan kejayaan PTSL yang mengumpul hampir dua juta bahan yang terdiri daripada buku, jurnal berjilid, bahan media serta bahan digital yang boleh dicapai dari atas talian sehingga Disember tahun lalu. Koleksi digital yang mantap termasuk 73 judul pangkalan data atas talian yang merangkumi sehingga kira-kira 20,000 judul jurnal berteks penuh menambahkan lagi keupayaan perpustakaan untuk menjadi salah sebuah perpustakaan utama di negara ini.
Oleh itu, beliau amat menyokong usaha perpustakaan menambah koleksinya dengan memperluaskan pungutan sumbangan untuk Dana Endowmen kepada semua kakitangan UKM yang merupakan salah satu sumber peruntukkan kewangan selain daripada peruntukan Dasar yang sedia ada. “Saya berharap lebih ramai kakitangan UKM menyokong usaha ini demi memastikan sumber kewangan yang stabil, konsisten dan berterusan bagi jangka masa panjang,” katanya.
Dr Zulkefli juga mahu minat membaca diterapkan seawal pra-sekolah lagi sehinggalah ke institusi pengajian tinggi. Selaras itu peranan perpustakaan bukan sahaja sebagai institusi yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan tetapi juga untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta sumber utama pencarian ilmu, tambah beliau.
Bagi menggalakkan pelajar berkunjung dan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan, persekitaran yang kondusif serta interaktif perlu disediakan. “Dengan adanya Perpustakaan yang kondunsif ini, saya yakin dapat membantu dalam melahirkan pelajar yang bermaklumat dan berilmu serta melicinkan proses pembudayaan ilmu di kalangan pelajar,” katanya.
“Selain itu, aktiviti yang dilakukan seperti Karnival Jualan Buku, Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah, Bengkel Kemahiran Maklumat untuk Felo Kolej, Pameran berkaitan Keusahawanan dan sebagainya, akan dapat menyumbang ke arah pembudayaan ilmu di semua peringkat warga UKM,” katanya.