Fiesta Kebudayaan Zapin Johor IPTA 2012 (FEKAZ)
oleh Nurain Mohd Salleh
Universiti Sains Malaysia: FEKAZ merupakan pertandingan zapin peringkat IPTA yang dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa/I Johor Universiti Sains Malaysia (IKMAR USM). FEKAZ telah diadakan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM. Persatuan Mahasiswa Anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMAJ UKM) telah menghantar wakil mereka untuk turut sama bertanding bagi merebut hadiah-hadiah yang telah dipertaruhkan. FEKAZ telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Y.Berbahagia Tuan Haji Jais Sarjay.
Menurut Pengarah Projek FEKAZ En Kamarul Azwie Kusno, kenyataan beliau semasa memberikan ucapannya di Majlis Perasmian Pembukaan menyatakan bahawa FEKAZ merupakan program yang julung kali diadakan bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak Johor IPTA dalam majlis yang gilang gemilang ini. Tambah beliau lagi, program seperti ini akan dapat mendekatkan mahasiswa anak Johor dari IPTA seluruh Malaysia. Antara objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan intelek tentang tarian zapin dan kebudayaan negeri Johor yang masih diamalkan sehingga kini.
Antara universiti- universiti yang turut sama menjayakan FEKAZ ini adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussien Oon (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan dan minat anak-anak Johor IPTA dalam kebudayaan dan kesenian negeri Johor. Program ini telah mendapat tajaan dari Kerajaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor dan Kementerian Belia dan Sukan. Program ini juga telah mendapatkan kerjasama baik dengan Gabungan Anak Johor (GAJ).
Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta dari UiTM Shah Alam sebagai penyandang tempat pertama yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1000, piala pusingan, dan hamper. UMT pula telah mendapat tempat kedua dengan memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan hamper diikuti oleh USIM yang menempatkan diri mereka di tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 dan hamper. Selain itu, FEKAZ turut menyediakan anugerah khas seperti Anugerah Kostum terbaik yang dimenangi oleh UiTM Shah Alam dan Anugerah Khas Juri yang dimenangi oleh UTHM yang kedua-duanya membawa pulang hamper sebagai hadiah.
Selain pertandingan zapin, FEKAZ turut mengandungi program seperti Bengkel Asas Zapin yang disertai oleh semua peserta program telah diajar oleh pegawai terlatih dari Yayasan Warisan Johor. Yayasan Warisan Johor merupakan yayasan yang bergiat aktif untuk memberikan apa-apa persembahan yang berkaitan seni dan budaya dari negeri Johor seperti tarian zapin, nyanyian lagu tradisional, atau persembahan seni dan budaya. Semasa FEKAZ diadakan, wakil dari Yayasan Warisan Johor telah memberikan persembahan ekslusif pembukaan dan penutup sebagai persembahan tambahan untuk memeriahkan majlis.