KONSERT PERTAMA 'ISLAM'S BIGGEST ROCKSTAR'
Sami Yusuf bersama Dato Siti Nurhaliza
Nama besar dalam industri muzik Islam dunia, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 14 Julai depan. Mempunyai kelompok peminat sebanyak 2 billion yang mungkin termasuk anda sebagai peminatnya.
Konsert tersebut akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi serta komposer yang menerima jolokan ‘Islam’s Biggest Rockstar’ ini turut bakal melancarkan album keempatnya, ‘Salaam' yang mengandungi 18 buah lagu yang mana kesemua lagu tersebut akan dinyanyikan pada konsert yang akan datang ini.
Sesuatu yang lebih menarik lagi ialah konsert ini akan menjemput penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mereka akan menyanyikan lagu duet ‘You Came To Me’. ‘You Came To Me’ menampilkan gabungan lirik Inggeris, dan mendapat sentuhan bunyi serta bahasa Melayu dan Arab.
Sami Yusuf akan mendapatkan khidmat pemukul gendang Melayu terkenal Ramli Rebana dalam pembikinan lagu duet baru dengan Siti Nurhaliza nanti. Bagi yang mereka kurang pasti muzik Sami Yusuf, beliau sebenarnya mempelopori muzik dipanggil 'spiritique' iaitu gabungan unsur Timur dan Barat yang disulami unsur kerohanian.
Tiket bagi konsert Salaam Sami Yusuf pula akan mula dijual pada 1 Mei ini. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu duet Sami dan Siti, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang bakal berlangsung pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam.