PERUBAHAN SISTEM KOKURIKULUM DI UKM
Oleh Chua Bee Lan
BANGI : Sistem Kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dahulunya sistem manual telah diubah kepada sistem online bermulanya tahun ini. Menurut Mohammad Ikhwan Bin Ismail, Felo Kanan Kolej Dato’ Onn, sistem kokurikulum diubah untuk memudahkan pelajar dan juga pihak pengurus. Jika menggunakan sistem manual ia akan membazirkan kertas dan juga wang kerana pelajar perlu menghantar kertas kerja dan hasil pembelajaran berbentuk hardcopy. Perubahan sistem kokurikulum ini juga dapat menggurangkan penggunaan kuasa yang tidak optimum kerana perlu menghantar kertas kerja dalam kualiti yang banyak. Oleh itu, cara yang lebih sistematik perlulah digunakan iaitu secara online.
|
Sistem kokurikulum yang dahulu juga mempunyai perbezaan dengan sistem kokurikulum secara online. Menurut beliau sistem kokurikulum dahulu, pelajar menyertai program kerana minat dan tidak melibatkan dari segi jam kredit. Kalau yang melibatkan jam kredit pelajar perlu mengambil subjek pengurusan persatuan iaitu mengambil projek di luar. Projek ini bermula dengan pembelajaran teori dan kemudian akan ada pratikal projek itu. Pelajar juga bebas dalam menyertai kokurikulum.
Sistem kokurikulum sekarang telah diubah kepada jam kredit. Pelajar perlu memenuhi kelapan-lapan jam kredit dan hasil pembelajaran. Pelajar tidak akan dapat graduan jika tidak memenuhi jam kredit tersebut. Oleh itu, semua pelajar mesti melibatkan diri dalam kokurikulum untuk mendapat latihan berkomunikasi.
Menurut beliau, system kokurikulum yang terkini juga mempunyai kebaikannya iaitu, dapat menjimatkat kos dan masa kerana permohonan dan penghantaran kertas kerja akan dilakukan dalam sistem online. Pelajar boleh isi borang dan semak kelulusan program dalam Sistem Pembangunan Insaniah. Sistem online juga lebih mesra pelajar kerana sistem ini juga dapat memudahkan pelajar kurang upaya.