Medan Selera Pilihan
Para penggemar sup gearbox boleh melepaskan hajat mereka di Warung Dusun yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Warung berkonsepkan ala-ala kampung itu menyediakan pelbagai menu yang sangat istimewa terutama sup, ikan bakar, seafood dan seumpamanya. Menu sup gearbox sangat popular di warung tersebut sehinggakan setiap malam warung tersebut dipenuhi dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada pelajar, golongan berkeluarga dan penduduk sekitar.
Keunikan rasa dan aroma sup gearbox yang mengancam di warung tersebut telah menarik minat ramai pengunjung dari kawasan luar. Mereka datang ke Bangi semata-mata untuk merasai keenakan sup yang popular tersebut. Lutfi yang merupakan pelajar dari salah sebuah kampus di Petaling Jaya sanggup datang ke warung tersebut semata-mata untuk merasai sup gearbox yang menjadi kegemarannya. Kewujudan warung tersebut diketahuinya daripada seorang rakan. Kunjungannya ke warung tersebut ternyata berbaloi apabila dia sendiri sangat berpuas hati dengan layanan dan keenakan makanan di warung tersebut terutama sup gearbox. Lutfi juga menekankan bahawa dia pasti akan kembali lagi ke warung tersebut semata-mata untuk merasai sup gearbox tersebut.
|
Bagi pengunjung yang menetap berhampiran warung tersebut iaitu Azie, dia sering berkunjung ke warung tersebut dengan rakan-rakan untuk merasai sup gearbox. Harga sup gearbox yang sangat berbaloi merupakan satu sebab dia memilih warung tersebut sebagai juadah makan malam mereka. Selain gearbox, dia juga teruja untuk merasai suasana kampung yang menjadi latar warung tersebut. Jarak kampus UKM Bangi dari Warung Dusun yang tidak terlalu jauh ini yang membuatkan mereka sering berkunjung ke warung tersebut.
oleh: Muhammad Hafizol B. Musa @ Awang
oleh: Muhammad Hafizol B. Musa @ Awang